Wednesday, September 1, 2010

SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2010

Yang diPertua, AJK dan seluruh warga Majlis Guru Kaunseling Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kali ke-53 kepada semua pihak yang membantu menggerakkan perkhidmatan kaunseling di sekolah khususnya Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran di daerah-daerah, agensi kerajaan, koperat dan swasta, IPTA, IPTS dan NGO serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dengan MGKN.

Semoga Hari Kebangsaan pada tahun ini lebih bermakna kepada kita semua.
Kepada umat Islam Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri yang bagi tiba pada 10 September 2010.

Sekian.

Monday, August 16, 2010

PROGRAM YANG GAGAL

Pada 7-8 Ogos 2010 pihak JPN Pulau Pinang yang diwakili oleh Majlis Guru Kaunseling Negeri(MGKN) telah dijemput menyertai Pameran Gegar Broadband di perkarangan Dewan Milenium, Kepala Batas. Dengan kekuatan lebih 20 orang terdiri dari GKSM dan pegawai JPN pihak MGKN membuka gerai pameran di lokasi yang ditetapkan.
Namun program tersebut ternyata gagal kerana kehadiran pengunjung ke gerai JPN pada hari pertama 07 Ogos 2010 hanyalah sejumlah 23 orang sahaja. Pada hari kedua, Ahad 08 Ogos 2010 hanya JPN, Kolej Inti dan AADK sahaja yang hadir namun terpaksa ditutup awal kerana tiada pengunjung manakala urusetia langsung tidak muncul.

Ini merupakan program yang gagal disebabkan pengajurnya yang mungkin 'tidak cekap' dan 'tidak bersungguh-sungguh'. Penganjuran ambil mudah sebegini amat dikesali dan pihak MGKN akan lebih berhati-hati untuk mewakili JPN menyertai apa-apa pameran selepas ini khususnya pada hari cuti seperti hari Sabtu dan Ahad.

Mesyuarat AJK MGKN pada 9 Ogos 2010 memutuskan agar penyertaan MGKN dalam aktiviti pameran sebegini dikaji semula dan dicadangkan agar unit lain di JPN/PPD turut serta bersama MGKN bagi melaksanakan pameran mewakili JPN pada masa hadapan.

Walau apa pun patut ditegaskan bahawa pihak MGKN amat berbangga mewakili JPN namun demikian seandainya pengajurnya tidak bertanggung jawab maka perkara ini amat mengecewakan.

SEMINAR KERJAYA BERSAMA UNIVERSITI KUALA LUMPUR

Pada 10 Ogos 2010 pihak PPD SPU dan Majlis Guru Kaunseling Daerah SPU dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur(UniKL) telah berjaya menganjurkan Seminar Kerjaya Bidang Kejuruteraan dengan jayannya. Maklumat program adalah seperti berikut:-

Tarikh   :    10 Ogos 2010 (SELASA)
Masa    :     08.00 pagi - 04.00 petang
Tempat :     BTPN Pokok Sena
Kehadiran : 50 orang GKSM,
                    3 pegawai PPDU
                    5 Pegawai UniKL  

Seminar tersebut dirasmikan oleh En. Adnan bin Idris(Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Utara) yang mewakili Tuan PPD. Turut hadir memberikan ucapan pada majlis perasmian ialah Hj. Bohari bin Shamsuddin (Penolong Pengarah Kaunseling JPN) dan En. Mohd Nizam bin Ahmad iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Mahasiswa & Teknoprenuer UniKL-MSI. 

Pengisian seminar merangkumi 1) Program kejuruteraan di UniKL  2) Maklumat lanjut bidang-bidang kejuruteraan 3) Bengkel Kemahiran 'maxi-recal' 4) Perbincangan isu-isu semasa yang dikendalikan oleh YDP MGKD SPU iaitu Tn. Hj. Ishak bin Said.
Semua peserta berpuas hati dengan pengisian program dan berharap seminar sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.
Pihak PPD juga menyokong usaha penganjuran seminar ini dan berharap agar lawatan ke UniKL dapat dianjurkan oleh MGKD untuk memantapkan lagi kefahaman GKSM berkaitan kerjaya ini.

-mzz-

Monday, July 26, 2010

SEMINAR 'CAREER GUIDANCE' UNTUK KAUNSELOR

Pada 22 Julai 2010 Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) Kementerian Sumber Manusia dengan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan seminar tersebut khas untuk Guru Kaunseling Sekolah Menengah(GKSM) bertempat di Japan Malaysia Technical Institute(JMTI). Hampir 200 orang GKSM negeri Pulau Pinang hadir ke seminar tersebut. Haji Bohari bin Shamsuddin, Penolong Pengarah Kaunseling JPN turut hadir dan memberikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.
Kandungan program adalah:- 
1) Taklimat Jabatan Pembangunan Kemahiran  
2) Taklimat Telekomunikasi oleh Pengarah Wilayah Utara TM  
3) Taklimat oleh JMTI

Semua peserta yang ditemui berpuashati dengan penganjuran program sedemikian dan berharap penyaluran maklumat pendidikan kerjaya sebegini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.    (mzz)

Thursday, July 8, 2010

PROGRAM MESRA KOMUNITI

Pada 04 Julai 2010 Majlis Guru Kaunseling Pulau Pinang sekali lagi diberikan tanggungjawab oleh JPN Pulau Pinang untuk mengendalikan pameran agensi kerajaan mewakili JPN. Berikut adalah maklumat program tersebut:


Nama Program     
Program Mesra Komuniti KADUN Telok Air Tawar

Tarikh & Masa 
04 Julai 2010 - 09.00  pagi - 04.30 ptg.

Tempat              
Dewan Panorama/ Pantai Bersih Bagan Ajam

Aktiviti MGKN  
Mengendalikan Gerai Pameran JPN & MGKN
Ceramah Motivasi

Penglibatan     
13 orang ahli MGKN & 3 Pegawai JPN
Pegawai JPN  
1. Tuan Hj. Othman bin Husin (KS PK)
2. Tuan Hj. Bohari b Shamsuddin (PP Kaunseling)
3. En. Abdul Rahim bin Ariffin (Penyelia Kaunseling)
Penyelaras      
En. Mohd Zakaria bin Zain (NYDP MGKN)
GKSM  bertugas
Pn. Azmailani bt. Abdul Rashid -SMK Kepala Batas
Pn. Suriani bt. Abdul Wahab    - SMK Telok Air Tawar
Hjh. Mazinah bt. Ahmad          - SMK Convent Bworth
Cik Nur Hidayah bt.Helmi        - SMK Seri Muda
Cik Noor Hidayah bt. Hanafi    - SMK Seri Gemilang
Pn. Tan Lay Ha                        - SMJK Chung Ling
Pn. Sivakamasundari                 - SMK BM
Pn. Aslina bt. Ismail                   - SMK Dato' Onn
Pn. Norniza bt. Kader Mydin     - SMK Dato Onn
En. Kalaidasan Seniathamby       - SMK St Mark
En. Mohd Sharif bin Mat            -SMV BWorth


Pihak MGKN mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli MGKN yang terlibat dengan penuh dedikasi dan sedia bertugas biar pun pada hari minggu. Apa yang paling utama ialah maklumat tentang JPN dapat disampaikan kepada komuniti setempat dengan jelas dan tepat.
Tahniah juga kepada Tn. Haji Bob(PP Kaunseling) yang dapat menyampaikan ceramah motivasi dengan berkesan sekali.

Sunday, June 27, 2010

PAMERAN HARI BELIA NEGERI 2010

MGKN Pulau Pinang telah mewakili JPN Pulau Pinang mempamerkan maklumat pelajaran di tapak pameran sempena Karnival Belia Negeri Pulau Pinang 2010 pada 26 Jun 2010 bertempat di Stadium Batu Kawan. Berikut adalah gambar-gambar sekitar gerai JPN

Sunday, June 6, 2010

AKTIVITI MGKN PENGGAL 2/2010

Aktiviti-aktiviti Majlis yang dirancang Penggal Ke-2/2010

1. 22 Jun 2010  - Mesyuarat Penyelarasan Karnival Belia Peringkat Negeri
2. 26 Jun 2010  - Mewakli JPN menjayakan Pameran agensi Kerajaan sempena Karnival Belia Peringkat Negeri 2010.
3. 29 Jun 2010  - Mesyuarat AJK MGKN Kali Ke-3/2010

4. xx Julai 2010 - Kursus ISO & SOP Perkhidmatan Kaunseling Sekolah
5. xx Ogo 2010 - Program Penghayatan Ramadhan
6. xx Sept 2010 - Lawatan Kerja ke Sarawak
7. xx OKt. 2010 - Seminar/Wacana Profesionalisme
8. xx Nov 2010 - Pelaporan PBK (e-Kaunseling) 2010

** Maklumat lanjut program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
## Program peringkat Daerah sila maklumkan kepada admin untuk disiarkan.


-mzz

Thursday, June 3, 2010

KURANG DIAJAR ATAU KEPALANG AJAR?

Entri sebelum ini dipaparkan foto ini......berguru kepalang ajar.


tapi sebenarnya ada yang lebih kontras dari itu.... anak murid sapa dia ni hah?...tapi elok dibuat sempadan.


Sila beri komen jika berminat.....


Monday, May 31, 2010

30 PENERIMA BIASISWA NASIONAL

Berikut adalah senarai 30 pelajar terbaik SPM 1Malaysia. Ditawarkan Biasiswa Nasional untuk belajar bidang apa sahaja dikehendaki dan di mana sahaja dan semuanya ditanggung kerajaan. Sila semak mungkin ada pelajar anda.
Sila analisis dari semua sudut iaitu sama ada jenis sekolah,  gender, SES dan sebagainya setakat terdaya -untuk teladan kita semua.

1.   Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching)
2.   Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P)Sri Aman, Petaling Jaya)
3.   Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu)
4.   Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar)
5.   Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)
6.   Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak)
7.   Nur Syuhadah Muhamad (SMS Tg. Muhd Faris Petra, K.B)
8.   Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka)
9.   Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak)
10.  Hu May Khei (SMK Convent, Taiping)
11.  Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (MRSM Kota Baharu)
12.  Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang)
13.  Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan)
14.  Ahmad Zhafir Zulkfli@Zulkifli (SBPI Temerloh)
15.  Goh Diangde (SMK Derma, Kangar)
16.  Ameenah Azman (Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)
17.  Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, K.Lumpur)
18.  Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baharu)
19.  Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar, Melaka)
20.  Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat)
22.  Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baharu)
23.  Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak)
24.  Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak)
25.  Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba, Mel.)
26.  Nurizzati Zainal Nazeri (Kolej Yayasan Saad, Melaka)
27.  Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi, T.Merah, Kel.)
28.  Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan)
29.  Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka)
30.  Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani)

Carilah Pelajar BIASA dari sekolah BIASA, dari keluarga BIASA ....yang pencapaiannya LUAR BIASA. Selidikilah para GURUnya adakah mereka biasa atau luar biasa.... 


Thursday, May 27, 2010

BERGURU KEPALANG AJAR

"Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi"
Ini guru yang komited....

Ini pelajar yang komited juga...tentunya


Ini hasilnya....kebanggaan semua
Nik Nur Madihah Nik Kamil    

Kalau jadi begini pun tak mengapa? Tapi nampak ada yang tak kena....kontras!
Amaran : Ini hanyalah gambar hiasan....ganti perumpamaan Melayu
Melayu & 1Malaysia patut faham!

KEPUTUSAN MESYUARAT JK MGKN 2/10

KEPUTUSAN MESYUARAT
Untuk perhatian semua ahli dan AJK Daerah

1. Tidak perlu adakan Mesyuarat Agung Tahunan Daerah untuk sesi ini.
2. Sumbangan khairat kematian RM1000 kepada ahli diputuskan pada mesyuarat ini dan usul akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan. - oleh AJK
3. Setiap Daerah perlu sedia dan bentangkan perancanngan tahunan 2010 pada Mesyuarat akan datang
4. Lawatan 'Benhmaking' ke Kelantan -diuruskan bersama PP Kaunseling JPN
5. Ahli digalakkan memohon jawatan kosong pegawai kaunseling di PPD
6. Pemantauan GC dan PBK berlaku dari masa ke semasa. Sila ikuti SOP dan piawai yang ditetapkan.

Semua ahli perlu usaha akses maklumat kerjaya dan profesional dari masa ke semasa

-mzz

Friday, April 30, 2010

PAMERAN INFORMASI PENDIDIKAN & KERJAYA 2010

Tarikh         :  04- 05 Mei 2010 (Selasa & Rabu)
Tempat       :  Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
Anjuran       :  Jabatan Pelajaran Pulau Pinang & Majlis Guru Kaunseling PP
Kerjasama   :  Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM
                      Management Science University(MSU)
             

Makluman Penting
1. Semua AJK dijemput hadir untuk Taklimat Akhir pada 03 Mei 2010
    di Dewan Mutiara Kompleks Tabung Haji
2. Raptai dan persiapan (setting) lot pameran diadakan selepas jam 05.00 ptg.

Monday, April 12, 2010

BENGKEL PENGURUSAN INFORMASI KERJAYA 2010

Tarikh     :  14 APRIL 2010
Tempat   :   Bilik Mesyuarat SMK(P) St. Goerge, Pulau Pinang
Masa      :   08.00 pagi - 05.00 petang

Surat bertarikh 05 April 2010 telah diedarkan kepada AJK yang terlibat.
Semua AJK MGKN PP dan GC adalah terlibat di samping Pengerusi & AJK kecil yang terpilih.
Sila bawa bersama Kad Pelaporan Latihan (Kad Biru).

Kandungan Bengkel
1. Pengurusan proram Informasi Kerjaya 2010
2. Pengurusan MGKN Pulau Pinang 2010
3. Maklumat dan perincian kerja Seminar PIBG 2010
4. Mesyuarat penyelarasan bersama pegawai Unit HEM JPN PP

Tuesday, March 30, 2010

FORUM KARNIVAL PENGAJIAN TINNGI ZON 10

Pada  26-29 Mac 2010 sejumlah 6 Pegawai JPN/PPD, 5 Pengetua Cemerlang
dan 6 orang GKSM yang diketuai oleh En. Abdul Rahim bin Ariffin (Penyelia Kaunseling JPN)
telah hadir ke Program Forum Karnival Tinggi 2010.
Tempat program di  Hotel Heritage, Ipoh dan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Semua 20 IPTA tempatan mengambil bahagian ditambah dengan Bahagian Pendidikan Guru(BPG),
Bahagian Biasiswa/Tajaan JPA, Bahagian Matrikulasi KPM, Politeknik dan Kolej Komuniti, MQA,
Kementerian Sumber Manusia dan bahagian-bahagian di Kementerian Pengajian Tinngi sendiri.
Maklumat yang disampaikan ternyata amat berguna kepada Pengetua, Pegawai PPD/JPN dan Kaunselor
untuk disebarkan kepada pelajar-pelajar untuk persediaan pendidikan lanjutan dan kerjaya.
Majlis Guru Kaunseling akan berusaha menyebarkan maklumat yangsesuai berkaitan perkara di atas melalui pertemuan dan seminar GKSM akna datang.

Sekian terima kasih.

Wednesday, March 17, 2010

CADANGAN UNTUK BLOG INI

Berikut adalah beberapa cadangan saya sendiri untuk penelitian MGKN dan JPN PP berkaitan dengan pengurusan dan 'survival' blog ini.

1. Untuk tujuan promosi dan sebaran maklumat jasa baik pihak JPN dipohon untuk membuat edaran surat memaklumkan tentang kewujudan blog ini dan disertakan senarai nama AJK MGKN. Diedarkan ke seluruh sekolah menengah /rendah seluruh negeri Pulau Pinang.
2. Beberapa oarng AJK MGKN dan GKSM perlu dilantik sebagai moderator blog ini. Dicadangkan SU Negeri dan semua SU Daerah ( 6 orang sahaja). Taklimat akan diuruskan oleh pengendali utama blog.
3. Segala siaran maklumat atau arahan UMUM dan berita  bolehlah diisampaikan melalui blog ini.
4. Blog ini perlu 'dilink'kan dengan blog Subunit Kaunseling Subunit Kaunseling HEM JPN Pulau Pinang
5. Cadangan tambahan sila emelkan ke mgknpp@gmail.com  atau zackstmark@yahoo.com.my

Friday, March 12, 2010

MAKLUMAT DIPERLUKAN

Semua rakan GKSM
MGKN ditubuhkan bagi tujuan membantu GKSM/GBSR dalam aspek kebajikan,
peningkatan profesionalisme, hubungan sekerja dan khidmat sokongan yang lain.
Ahli boleh membantu sesama rakan bagi melancarkan tugas sebagai GKSM serta
meningkatkan pencapaian profesion masing-masing.

  1. Sekiranya sdr/i mempunyai maklumat tentang lulusan kaunseling/psikologi yang berminat tetapi tidak dilantik di sekolah mereka sebagai guru kaunseling sila maklumkan kepada AJK MGKN
  2. Jika terdapat sebarang masalah dengan pihak pentadbiran di sekolah maklumkan secara rasmi untuk pertimbangan dan bantuan yang sewajarnya.
  3. Sekiranya terdapat sebarang cadangan sila emel atau hunbungan AJK MGKN untuk tindakan selanjutnya.
Kerjasama ahli amat diharapkan untuk kebaikan bersama. Sekian.

Thursday, March 11, 2010

MESYUARAT AJK MGK PP KALI 1/2010

Maklumat Mesyuarat
Tarikh : 10 Mac 2010
Masa : 02.00 ptg.
Tempat : SMK Batu Maung
Keputusan Mesyuarat
1. Menerima perlantikan Setiausaha Kehormat, Naib Setiausaha
    Bendahari dan 3 orang AJK lantikan YDP
2. Perancangan Aktiviti Tahun 2010
    2.1 Motivasi Pelajar Cemerlang bersama MSU
    2.2 Motivasi Pelajar Hampir Lulus
    2.3 Seminar Keibubapaan
    2.4 Lawatan Penandaaras ke Kelantan
    2.5 Pameran Informasi Pendididikan & Kerjaya 2010
    2.6 Seminar Peningkatan Profesionalisme
3. Maklumat Latihan/Kursus/Mesyuarat
    23/03/10 - Mesyuarat JK Induk Pameran Informasi Kerjaya
    26- 29 Mac 2010 - Karnival Pengajian Tinggi  Jom Masuk 'U' Zon 10 di Ipoh ( 7 GKSM)

4. Hal-hal lain
   4.1 Mesyuarat Agung MGK Daerah  
                -akan dimaklumkan oleh MGKN kaedah pelaksanaannya.
   4.2 Maklumat tentang AJK MGKN dan blog MGKN
                -akan diedarkan kepada sekolah-sekolah oleh JPN.

Monday, March 8, 2010

Salam & Selamat Berblog

Salam sejahtera & Salam 1Malaysia

Ini adalah blog rasmi Majlis Guru Kaunseling Negeri Pulau Pinang.

Penyertaannya terbuka kepada semua guru kaunseling, kaunselor, pendidik, pelajar dan peminat kaunseling Malaysia khususnya di negeri Pulau Pinang.


Mudah-mudahan blog ini akan berupaya menjadi medium dan ruang berwacana untuk peningkatan ilmu dan profesionalisme sesama kita. Segala pandangan, ulasan dan cetusan idea amat diperlukan bagi menghidupkan ruang blog ini. Penyertaan semua pihak amat diharapkan.


Ingin menulis dan menyumbang idea? Ingin menyampaikan maklumat? Segala maklumat, masalah, pertanyaan atau pandangan sila hubungi emel : mgknpp@gmail.com atau telefon terus pengendali blog 012-573 3600(sdr. zack). Mari bersama majukan blog kita.


Selamat berblog!