Pada 26-29 Mac 2010 sejumlah 6 Pegawai JPN/PPD, 5 Pengetua Cemerlang
dan 6 orang GKSM yang diketuai oleh En. Abdul Rahim bin Ariffin (Penyelia Kaunseling JPN)
telah hadir ke Program Forum Karnival Tinggi 2010.
Tempat program di Hotel Heritage, Ipoh dan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Semua 20 IPTA tempatan mengambil bahagian ditambah dengan Bahagian Pendidikan Guru(BPG),
Bahagian Biasiswa/Tajaan JPA, Bahagian Matrikulasi KPM, Politeknik dan Kolej Komuniti, MQA,
Kementerian Sumber Manusia dan bahagian-bahagian di Kementerian Pengajian Tinngi sendiri.
Maklumat yang disampaikan ternyata amat berguna kepada Pengetua, Pegawai PPD/JPN dan Kaunselor
untuk disebarkan kepada pelajar-pelajar untuk persediaan pendidikan lanjutan dan kerjaya.
Majlis Guru Kaunseling akan berusaha menyebarkan maklumat yangsesuai berkaitan perkara di atas melalui pertemuan dan seminar GKSM akna datang.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Ulasan dan kritik membina amat dialu-alukan.