Pada 10 Ogos 2010 pihak PPD SPU dan Majlis Guru Kaunseling Daerah SPU dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur(UniKL) telah berjaya menganjurkan Seminar Kerjaya Bidang Kejuruteraan dengan jayannya. Maklumat program adalah seperti berikut:-
Tarikh : 10 Ogos 2010 (SELASA)
Masa : 08.00 pagi - 04.00 petang
Tempat : BTPN Pokok Sena
Kehadiran : 50 orang GKSM,
3 pegawai PPDU
5 Pegawai UniKL
Seminar tersebut dirasmikan oleh En. Adnan bin Idris(Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Utara) yang mewakili Tuan PPD. Turut hadir memberikan ucapan pada majlis perasmian ialah Hj. Bohari bin Shamsuddin (Penolong Pengarah Kaunseling JPN) dan En. Mohd Nizam bin Ahmad iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Mahasiswa & Teknoprenuer UniKL-MSI.
Pengisian seminar merangkumi 1) Program kejuruteraan di UniKL 2) Maklumat lanjut bidang-bidang kejuruteraan 3) Bengkel Kemahiran 'maxi-recal' 4) Perbincangan isu-isu semasa yang dikendalikan oleh YDP MGKD SPU iaitu Tn. Hj. Ishak bin Said.
Semua peserta berpuas hati dengan pengisian program dan berharap seminar sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.
Pihak PPD juga menyokong usaha penganjuran seminar ini dan berharap agar lawatan ke UniKL dapat dianjurkan oleh MGKD untuk memantapkan lagi kefahaman GKSM berkaitan kerjaya ini.
-mzz-
No comments:
Post a Comment
Ulasan dan kritik membina amat dialu-alukan.