Pada 7-8 Ogos 2010 pihak JPN Pulau Pinang yang diwakili oleh Majlis Guru Kaunseling Negeri(MGKN) telah dijemput menyertai Pameran Gegar Broadband di perkarangan Dewan Milenium, Kepala Batas. Dengan kekuatan lebih 20 orang terdiri dari GKSM dan pegawai JPN pihak MGKN membuka gerai pameran di lokasi yang ditetapkan.
Namun program tersebut ternyata gagal kerana kehadiran pengunjung ke gerai JPN pada hari pertama 07 Ogos 2010 hanyalah sejumlah 23 orang sahaja. Pada hari kedua, Ahad 08 Ogos 2010 hanya JPN, Kolej Inti dan AADK sahaja yang hadir namun terpaksa ditutup awal kerana tiada pengunjung manakala urusetia langsung tidak muncul.
Ini merupakan program yang gagal disebabkan pengajurnya yang mungkin 'tidak cekap' dan 'tidak bersungguh-sungguh'. Penganjuran ambil mudah sebegini amat dikesali dan pihak MGKN akan lebih berhati-hati untuk mewakili JPN menyertai apa-apa pameran selepas ini khususnya pada hari cuti seperti hari Sabtu dan Ahad.
Mesyuarat AJK MGKN pada 9 Ogos 2010 memutuskan agar penyertaan MGKN dalam aktiviti pameran sebegini dikaji semula dan dicadangkan agar unit lain di JPN/PPD turut serta bersama MGKN bagi melaksanakan pameran mewakili JPN pada masa hadapan.
Walau apa pun patut ditegaskan bahawa pihak MGKN amat berbangga mewakili JPN namun demikian seandainya pengajurnya tidak bertanggung jawab maka perkara ini amat mengecewakan.