Yang diPertua, AJK dan seluruh warga Majlis Guru Kaunseling Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kali ke-53 kepada semua pihak yang membantu menggerakkan perkhidmatan kaunseling di sekolah khususnya Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran di daerah-daerah, agensi kerajaan, koperat dan swasta, IPTA, IPTS dan NGO serta sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dengan MGKN.
Semoga Hari Kebangsaan pada tahun ini lebih bermakna kepada kita semua.
Kepada umat Islam Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidil Fitri yang bagi tiba pada 10 September 2010.
Sekian.
Majlis Guru Kaunseling Negeri Pulau Pinang
Wednesday, September 1, 2010
Monday, August 16, 2010
PROGRAM YANG GAGAL
Pada 7-8 Ogos 2010 pihak JPN Pulau Pinang yang diwakili oleh Majlis Guru Kaunseling Negeri(MGKN) telah dijemput menyertai Pameran Gegar Broadband di perkarangan Dewan Milenium, Kepala Batas. Dengan kekuatan lebih 20 orang terdiri dari GKSM dan pegawai JPN pihak MGKN membuka gerai pameran di lokasi yang ditetapkan.
Namun program tersebut ternyata gagal kerana kehadiran pengunjung ke gerai JPN pada hari pertama 07 Ogos 2010 hanyalah sejumlah 23 orang sahaja. Pada hari kedua, Ahad 08 Ogos 2010 hanya JPN, Kolej Inti dan AADK sahaja yang hadir namun terpaksa ditutup awal kerana tiada pengunjung manakala urusetia langsung tidak muncul.
Ini merupakan program yang gagal disebabkan pengajurnya yang mungkin 'tidak cekap' dan 'tidak bersungguh-sungguh'. Penganjuran ambil mudah sebegini amat dikesali dan pihak MGKN akan lebih berhati-hati untuk mewakili JPN menyertai apa-apa pameran selepas ini khususnya pada hari cuti seperti hari Sabtu dan Ahad.
Mesyuarat AJK MGKN pada 9 Ogos 2010 memutuskan agar penyertaan MGKN dalam aktiviti pameran sebegini dikaji semula dan dicadangkan agar unit lain di JPN/PPD turut serta bersama MGKN bagi melaksanakan pameran mewakili JPN pada masa hadapan.
Walau apa pun patut ditegaskan bahawa pihak MGKN amat berbangga mewakili JPN namun demikian seandainya pengajurnya tidak bertanggung jawab maka perkara ini amat mengecewakan.
SEMINAR KERJAYA BERSAMA UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Pada 10 Ogos 2010 pihak PPD SPU dan Majlis Guru Kaunseling Daerah SPU dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur(UniKL) telah berjaya menganjurkan Seminar Kerjaya Bidang Kejuruteraan dengan jayannya. Maklumat program adalah seperti berikut:-
Tarikh : 10 Ogos 2010 (SELASA)
Masa : 08.00 pagi - 04.00 petang
Tempat : BTPN Pokok Sena
Kehadiran : 50 orang GKSM,
3 pegawai PPDU
5 Pegawai UniKL
Seminar tersebut dirasmikan oleh En. Adnan bin Idris(Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Utara) yang mewakili Tuan PPD. Turut hadir memberikan ucapan pada majlis perasmian ialah Hj. Bohari bin Shamsuddin (Penolong Pengarah Kaunseling JPN) dan En. Mohd Nizam bin Ahmad iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Mahasiswa & Teknoprenuer UniKL-MSI.
Pengisian seminar merangkumi 1) Program kejuruteraan di UniKL 2) Maklumat lanjut bidang-bidang kejuruteraan 3) Bengkel Kemahiran 'maxi-recal' 4) Perbincangan isu-isu semasa yang dikendalikan oleh YDP MGKD SPU iaitu Tn. Hj. Ishak bin Said.
Semua peserta berpuas hati dengan pengisian program dan berharap seminar sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.
Pihak PPD juga menyokong usaha penganjuran seminar ini dan berharap agar lawatan ke UniKL dapat dianjurkan oleh MGKD untuk memantapkan lagi kefahaman GKSM berkaitan kerjaya ini.
-mzz-

Monday, July 26, 2010
SEMINAR 'CAREER GUIDANCE' UNTUK KAUNSELOR
Pada 22 Julai 2010 Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) Kementerian Sumber Manusia dengan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan seminar tersebut khas untuk Guru Kaunseling Sekolah Menengah(GKSM) bertempat di Japan Malaysia Technical Institute(JMTI). Hampir 200 orang GKSM negeri Pulau Pinang hadir ke seminar tersebut. Haji Bohari bin Shamsuddin, Penolong Pengarah Kaunseling JPN turut hadir dan memberikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.
Kandungan program adalah:-
1) Taklimat Jabatan Pembangunan Kemahiran
2) Taklimat Telekomunikasi oleh Pengarah Wilayah Utara TM
3) Taklimat oleh JMTI
Semua peserta yang ditemui berpuashati dengan penganjuran program sedemikian dan berharap penyaluran maklumat pendidikan kerjaya sebegini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan. (mzz)
Thursday, July 8, 2010
PROGRAM MESRA KOMUNITI
Pada 04 Julai 2010 Majlis Guru Kaunseling Pulau Pinang sekali lagi diberikan tanggungjawab oleh JPN Pulau Pinang untuk mengendalikan pameran agensi kerajaan mewakili JPN. Berikut adalah maklumat program tersebut:
Nama Program
Program Mesra Komuniti KADUN Telok Air Tawar
Tarikh & Masa
04 Julai 2010 - 09.00 pagi - 04.30 ptg.
Tempat
Dewan Panorama/ Pantai Bersih Bagan Ajam
Aktiviti MGKN
Mengendalikan Gerai Pameran JPN & MGKN
Ceramah Motivasi
Penglibatan
13 orang ahli MGKN & 3 Pegawai JPN
Pegawai JPN
1. Tuan Hj. Othman bin Husin (KS PK)
2. Tuan Hj. Bohari b Shamsuddin (PP Kaunseling)
3. En. Abdul Rahim bin Ariffin (Penyelia Kaunseling)
Penyelaras
En. Mohd Zakaria bin Zain (NYDP MGKN)
GKSM bertugas
Pn. Azmailani bt. Abdul Rashid -SMK Kepala Batas
Pn. Suriani bt. Abdul Wahab - SMK Telok Air Tawar
Hjh. Mazinah bt. Ahmad - SMK Convent Bworth
Cik Nur Hidayah bt.Helmi - SMK Seri Muda
Cik Noor Hidayah bt. Hanafi - SMK Seri Gemilang
Pn. Tan Lay Ha - SMJK Chung Ling
Pn. Sivakamasundari - SMK BM
Pn. Aslina bt. Ismail - SMK Dato' Onn
Pn. Norniza bt. Kader Mydin - SMK Dato Onn
En. Kalaidasan Seniathamby - SMK St Mark
En. Mohd Sharif bin Mat -SMV BWorth
Pihak MGKN mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli MGKN yang terlibat dengan penuh dedikasi dan sedia bertugas biar pun pada hari minggu. Apa yang paling utama ialah maklumat tentang JPN dapat disampaikan kepada komuniti setempat dengan jelas dan tepat.
Tahniah juga kepada Tn. Haji Bob(PP Kaunseling) yang dapat menyampaikan ceramah motivasi dengan berkesan sekali.

Sunday, June 27, 2010
PAMERAN HARI BELIA NEGERI 2010
MGKN Pulau Pinang telah mewakili JPN Pulau Pinang mempamerkan maklumat pelajaran di tapak pameran sempena Karnival Belia Negeri Pulau Pinang 2010 pada 26 Jun 2010 bertempat di Stadium Batu Kawan. Berikut adalah gambar-gambar sekitar gerai JPN
Sunday, June 6, 2010
AKTIVITI MGKN PENGGAL 2/2010
Aktiviti-aktiviti Majlis yang dirancang Penggal Ke-2/2010
1. 22 Jun 2010 - Mesyuarat Penyelarasan Karnival Belia Peringkat Negeri
2. 26 Jun 2010 - Mewakli JPN menjayakan Pameran agensi Kerajaan sempena Karnival Belia Peringkat Negeri 2010.
3. 29 Jun 2010 - Mesyuarat AJK MGKN Kali Ke-3/2010
4. xx Julai 2010 - Kursus ISO & SOP Perkhidmatan Kaunseling Sekolah
5. xx Ogo 2010 - Program Penghayatan Ramadhan
6. xx Sept 2010 - Lawatan Kerja ke Sarawak
7. xx OKt. 2010 - Seminar/Wacana Profesionalisme
8. xx Nov 2010 - Pelaporan PBK (e-Kaunseling) 2010
** Maklumat lanjut program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
## Program peringkat Daerah sila maklumkan kepada admin untuk disiarkan.
-mzz

Subscribe to:
Posts (Atom)